
Dakwaan TMJ
Pada 10 Disember 2025, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendedahkan ugutan daripada seorang individu dalam FIFA terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ugutan itu bertujuan menghalang FAM daripada membawa kes pemalsuan dokumen kewarganegaraan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Baginda mendakwa individu FIFA menghubungi Tan Sri Hamidin Mohd Amin secara peribadi dengan kata-kata:
“Jangan bawa ke CAS, nanti lagi teruk… kalau bawa juga akan kena gantung atau hukuman lebih berat.”
Demi maruah bola sepak negara, Kes ini akan dikemukakan ke CAS.
Kemaskini: TMJ tanggung semua kos rayuan!
Status Terkini
FAM (Kemaskini 12 Dis 2025): Rayuan rasmi ke CAS telah dikemukakan. CAS beri 10 hari untuk hujah penuh – had 18 Disember 2025.
FIFA: Belum respons dakwaan ugutan. Sebelum ini tolak rayuan FAM sepenuhnya pada 3 November 2025. 3
Rakaman suara asal ugutan: Belum dibuat umum.
Pautan video (Harian Metro, 10 Dis 2025):
Media utama melaporkan: Harian Metro, Free Malaysia Today, Malay Mail, ESPN, Sinar Daily. 2 4



