5 punca Enjin Kereta Tak Boleh hidup

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 537Kali!


5 punca kereta tak boleh hidup?

1. Bateri Kereta Lemah
Fungsi utama bateri kereta adalah untuk membekalkan kuasa untuk menghidupkan enjin kereta.

Jadi apabila bateri kereta lemah, ia tidak dapat membekalkan kuasa yang secukupnya untuk menghidupkan enjin kereta.

Punca bateri lemah ialah:

a) Bateri telah sampai jangka hayat . Purata jangka hayat bateri kereta adalah antara 1.5-2 tahun.

b) Alternator kurang baik. Apabila alternator dalam kondisi yang lemah, pengecasan semula bateri menjadi kurang efisien.

c) Lama tak start kereta. Kereta yang ditinggalkan lama (>3 minggu) menggunakan kuasa bateri untuk penggera tanpa berlaku sebarang pengecasan semula menyebabkan bateri lemah.



2. Gear pada ‘D’
Memang bunyi punca sebegini macam kelakar tapi memang ramai yang mengalami masalah kereta tak boleh start disebabkan Gear berada selain dari ‘P’.
Jangan gelabah dan hanya perlu tukar gear kepada ‘P’ dan semua akan kembali normal.

3. Starter Rosak
Fungsi starter adalah menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Starter yang rosak tidak akan mampu menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Sebab itu kereta tak boleh hidup. Antara tanda awal masalah ini ialah sewaktu anda nak crank kereta anda dia macam tiada bunyi. Waktu enjin sedang dihidupkan mungkin akan ada bunyi besi bergesel. Itu maknanya mungkin starter dah mula haus.

4. Spark Plug (Palam Pencucuh) Rosak
Petanda awal penyakit ini adalah anda akan rasa susah untuk hidup kan enjin dan kereta anda akan mengalami semput-semput.


5. Pam bahanapi Rosak
Pam bahanapi atau lebih dikenali sebagai ‘fuel pump’ adalah komponen penting kereta. Tugas pam minyak untuk mengepam minyak daripada tangki kepada enjin.

Baca Juga  Perodua eMO-II: Konsep EV mampu milik Diperkenalkan

Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Scroll to Top