Pinjaman Patuh Syariah Beli Motosikal Manifesto PRN Terengganu

💬 WhatsApp

Artikel ini telah dibaca 562Kali!

Kerajaan PAS Terengganu tawar pinjaman tanpa faedah untuk pembelian motosikal dalam manifesto PRN 2023.


Sebagai sebahagian daripada manifesto untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, PAS yang menguasai kerajaan Terengganu menawarkan kemudahan pinjaman patuh syariah tanpa riba untuk membeli motosikal bagi rakyat negeri itu berpendapatan bulanan RM4,000 kebawah.


Naib Presiden PAS merangkap Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata tawaran ini antara janji kerajaan PAS yang akan ditunaikan dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk memerintah negeri Terengganu, laporan Sinar Harian.


“Pada PRU14, PAS Terengganu menunaikan semua 20 manifesto yang dijanjikan sepanjang pemerintahan malah ada lagi yang sedang berjalan.

“Tawaran seterusnya ialah membina ‘township mosque’ sebagai masjid yang baharu dan lengkap dengan fasiliti merangkumi ekonomi, sukan, rekreasi, pendidikan, sosial, komuniti, kesihatan dan kebajikan,” katanya.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  Enjin Dua Lejang: Asap Putih dan Bunyi Bising