Kesatuan Eropah haramkan saduran krom bermula 2024 – dikesan punca kepada kanser paru-paru

💬 WhatsApp

Artikel ini telah dibaca 605Kali!

Kesatuan Eropah bercadang mengharamkan saduran krom bermula 2024. Bahan kromium heksavalen disahkan menjadi punca kanser paru-paru.

Kromium heksavalen telah diketahui sebagai karsinogen (bahan yang merangsang pertumbuhan sel kanser dalam tisu hidup) dan menjadi penyebab kepada terjadinya kanser paru-paru.

Kaedah saduran ini popular digunakan dengan sangat meluas dalam menghasilkan komponen automotif bagi mengelakkan berlakunya proses pengaratan serta memberikan nilai estetika yang cantik.

Bahan berkenaan telahpun diharamkan untuk digunakan pada kenderaan baharu yang dijual di Eropah sejak 2003 dan Jepun sejak 2008.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  Perancis haramkan iphone 12