Artikel ini telah dibaca 662Kali!
PDRM Sabah menawarkan diskaun saman trafik 30% kesalahan ringan sempena Awal Muharram pada 27 hingga 29 Julai 2023.

Pembayaran saman berkenaan boleh dibuat di semua kaunter saman di Sabah, dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
Pemberian diskaun saman ini tidak termasuk kesalahan berat seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya dan saman memotong di garisan kembar.
Ini termasuk juga dengan saman Kemalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan lori, saman ubahsuai ekzos dan saman Ops Selamat tahun semasa.
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.