Ragam Pewaris Negara Merdeka 66tahun bersyukur ibu bapa sudah meninggal dunia

Spread the love

This post has already been read 583 times!

Kisah menyayatkan hati dirakam oleh Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Puan Norijah Bidin.

Reaksi Anak “Alhamdulillah! Dah mati pun ayah mak aku” setelah dimaklumkan bapa dan ibu sudah meninggal dunia.

Malah tidak langsung mengambil tanggungjawab menguruskan pengkebumian orang tua mereka .

Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan

Begitulah ragam segelintir anak pewaris negara merdeka ke-66 ini.

Tidak ada perasaan bekas kasihan ingin berbakti kepada orang tua mereka.

Sungguh menyayat hati setelah dilahirkan dan dibesarkan oleh kedua ibu bapa sehingga mampu berdiri diatas kaki sendiri, sikap lupa daratan pula menjadi anutan.

Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, berkata segelintir anak-anak penghuni juga enggan mengurus pengebumian ibu bapa mereka dengan pelbagai alasan tidak munasabah.

Anak simati tampil semata-mata bagi menuntut kad pesara, kad pengenalan, sijil kematian dan dokumen berkaitan.

Norijah menceritakan ada kalangan anak kepada penghuni, memandu berkenderaan MPV Alphard tampil setiap bulan semata-mata meminta duit poket RM200 daripada bapanya.

Apabila dimaklumkan bapanya sudah meninggal dunia, anak berkenaan meluahkan rasa lega dan bersyukur pula.

Tidak langsung ada sekelumit perihatin sekurang-kurangnya membantu urusan pengebumian ibubapa sendiri.

Pihak pusat jagaan mengambil tanggungjawab menyelesaikan pengebumian penghuni yang tidak dipedulikan oleh ahli keluarga.

Norijah juga memaklumkan hanya 30% sahaja ahli keluarga yang menjelaskan yuran bulanan. 70% lagi tidak mempedulikan tanggungjawab melunaskan yuran sebagaimana dipersetujui.

Kos operasi bulanan pusat ini mencecah RM22,000.

Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan menempatkan 68 penghuni di cawangan Denai 1, Kempas, seramai 43 penghuni di Denai 2, Kempas serta 58 penghuni di cawangan Parit Bunga, Ladang, Muar.

Pusat ini bercadang membeli dan mengubah suai bangunan lama di denai 2 untuk keselesaan penghuni.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Pusat Jagaan Nur Ehsan di akaun Maybank 551137548840.


Spread the love
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Author: bicaraminda