This post has already been read 541 times!
Penyakit enjin kereta semput sering berlaku dan menggusarkan ramai pemandu.
Masalah semput akan berlaku apabila enjin tidak mencapai pembakaran penuh dan beberapa faktor menyumbang kepadanya, seperti palam pencucuh rosak, pam bahanapi rosak dan penapis bahan api tersumbat.
Untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku, anda perlu menukar palam pencucuh mengikut panduan oleh pengeluar kereta.
Masalah pam bahanapi rosak sering berlaku dan memerlukan pemeriksaan berkala terutama bagi kereta sudah berusia 3 tahun keatas.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.