This post has already been read 1019 times!
Beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dijangka banjir esok sekiranya hujan berterusan berlaku di dua negeri tersebut.
Jabatan Metrologi Malaysia (MET) mengeluarkan amaran Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Terengganu dan Kelantan hingga isnin 20 Nov 2023 MET Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan keadaan itu dijangka melibatkan seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat Pasir Mas Kota Bharu Jeli Tanah Merah Bachok Machang Pasir Putih dan Kuala Krai bermula Hari Ini 18 November 2023
Amaran hujan berterusan naik tahap buruk akan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan Hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.
Tahap waspada turut kenakan di beberapa kawasan di Kelantan Kedah, Perak, Pahang dan Sabah dalam tempoh sama.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan satu notis amaran berhubung jangkaan itu susulan hasil simulasi model ramalan banjir dan Amaran Hujan Berterusan (Buruk) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) sehingga 9:00 malam; Sabtu, 18 November 2023.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 7:15 malam, 18 November 2023
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.