This post has already been read 590 times!
85% daripada jutawan dan bilionair di dunia adalah datang dari kalangan orang biasa dan hanya 15% datang daripada warisan keluarga.
Persoalan bagaimana anda mencapai kejayaan kewangan sedemikian dalam masa yang singkat? Dan jawapannya ialah amalan membaca buku.
Persoalan berapa banyak buku perlu dibaca? Jawapannya sekitar 50 buku setahun. Maksudnya satu buku seminggu.
Faktanya ialah Jutawan membaca satu buku seminggu. Lagi persoalan , apakah jenis buku yang perlu dibaca? Jika anda ajukan persoalan ini kepada mana mana jutawan didunia, Mereka pasti berkata, kami tidak membaca buku fiksyen.
Jutawan tidak membazirkan masa membaca buku fiksyen kerana fiksyen tetap kekal sebagai fiksyen.
Mereka berkata, kami hanya membaca buku membantu mengeluarkan idea menjana kekayaan. Bagi jutawan satu idea yang baik bernilai satu juta dolar.
Dan persoalannya, berapa banyak idea yang diperlukan untuk berjaya dalam hidup? Apa yang diperlukan hanyalah satu idea sahaja.
Kesimpulannya terdapat kaitan antara pembacaan dan pendapatan. Lebih banyak pembacaan akan menjana lebih banyak ilmu bermenafaat untuk menjana pendapatan.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.