Bayaran STR 2024 FASA 1 diawalkan

Spread the love

This post has already been read 862 times!


Kementerian Kewangan memaklumkan, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 (Isnin depan) secara berperingkat, berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024 .

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.


Jumlah Bayaran STR Fasa 1 (2024)
Berdasarkan siaran media terkini Kementerian Kewangan, penerima yang lulus akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.


Jumlah bayaran pertama untuk mengikut kategori adalah sebagaimana berikut;
Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah sebagaimana berikut:

Bil anak 0 – RM500
Bil anak 1-2 – RM500
Bil anak 3-4 – RM500
Bil anak 5 dan ke atas – RM500 

Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 seperti berikut:

Bil anak 0 – RM100
Bil anak 1-2 – RM150
Bil anak 3-4 – RM250
Bil anak 5 dan ke atas – RM300 

Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun pendapatan bawah RM5,000    -RM150 

Bujang berumur 21-59 tahun  -RM100 

Bujang OKU berumur 19-59 tahun   -RM100 


Spread the love
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Author: bicaraminda