Syabas Bandaraya Melaka terbersih di Asean
Artikel ini telah dibaca 1224Kali!

Bandaraya Melaka diiktiraf sebagai bandar terbersih di Asean selepas menerima anugerah ‘Clean Tourist City Standard’ (ACTC) di Vientiane, Laos, 26 Januari 2024.
Penganugerahan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bakal menjadi pemangkin untuk menarik lebih ramai pelancong ke Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
ACTC dianjurkan khusus untuk ahli negara Asean bertujuan menambah baik aspek serta kualiti pelancongan di bandar
masing-masing sekali gus meningkatkan taraf hidup penduduk.
Pada tahun 2025, Melaka akan menjadi tuan rumah kepada 2 acara besar iaitu ‘World Tourism Day’ (WTD) 2025 dan ‘World Tourism Conference’ (WTC).
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

