Cara Ekstrem untuk berhenti merokok

Spread the love

This post has already been read 3480 times!

Percubaan drastik seorang lelaki untuk berhenti merokok membawa kepada penyelesaian yang agak luar biasa. Dia mengunci kepalanya dalam sangkar khas!

Sangkar khas perokok tegar

Kisah menarik ini seorang lelaki dari Turki, bernama İbrahim Yücel dari bandar Kütahya. İbrahim Yücel telah menjadi perokok tegar selama lebih dua dekad. Mendapat ilham dari penunggang motosikal yang memakai topi keledar, dia mencipta alat anti-merokok sendiri menggunakan 130 kaki dawai tembaga.

Sangkar dawai berupa topi keledar di kepalanya dan akan dikunci. Anak Kunci sangkar kepala  diamanahkan kepada isteri dan anak perempuannya, memastikan dia tidak dapat membukanya untuk merokok pada siang hari, walaupun dia mengidamkan sebatang rokok.

Bapa İbrahim Yücel telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru, mendorongnya untuk mengambil tindakan drastik berhenti merokok .

Walaupun tidak jelas berapa lama dia terus memakai sangkar atau sama ada dia berjaya menghentikan tabiat itu, keazamannya untuk berhenti merokok sesuatu yang perlu diberi sokongan.

Mungkin kaedah ini boleh dipertimbangkan sebagai langkah drastik berhenti merokok.


Spread the love
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Author: bicaraminda