This post has already been read 4650 times!
Seperti yang dijangka padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kembali menjadi perbualan hangat menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia/piala Asia 2026.
Rata-rata penyokong bola sepak tanah air di media sosial meluahkan rasa kecewa mereka kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) di atas kegagalan menyediakan padang yang terbaik untuk pasukan negara berentap dengan Oman selasa ini.
Sepatutnya PSM mengambil iktibar dari pengalaman lalu bukan keras kepala membiarkan stadium terus rosak.
Tidak perlu merujuk hingga ke Manchester United,lihat sendiri bagaimana pengurusan stadium dinegara jiran kita.
Orang lain juga menggunakan stadium mereka untuk konsert hiburan tapi lihat kualiti padang apabila hendak digunakan bagi perlawanan bolasepak antarabangsa.
Bandingkan pula dengan Stadium Bukit Jalil
Keadaan Stadium Bukit Jalil terkini
Terdapat rakaman dron yang terbaru membongkar kawasan padang stadium yang masih rosak, bertompok dan berpasir menjelang saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia 26 Mac 2024.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.