Artikel ini telah dibaca 4805Kali!
Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang Selasa 9 April 2024
bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijrah dan pengistiharan tarikh
raya puasa akan diumumkan
pada malam berkenaan.

Pejabat penyimpan Mohor
Besar Raja-raja Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh hari raya puasa adalah berdasarkan
rukiah dan hisab bagi menyempurnakan titah perintah
yang di-Pertuan Agong
setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia
raja-raja penyimpan mohon
besar raja-raja akan mengisytiharkan tarikh tersebut,
penyimpan mohon besar
raja-raja akan mengisytiharkan
pada malam itu juga tarikh hari
raya puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.
Menurut kenyataan itu,
jawatankuasa-jawatankuasa
yang berkenaan telah diperkenankan melihat
anak bulan Syawal pada petang
selasa di 29 lokasi seluruh negara.
Menurutnya, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu melalui melalui radio dan televisyen.
Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara iaitu
Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.
Selain itu Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.
Lokasi melihat anak bulan di Perak adalah di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.
Lokasi lain ialah Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu, serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu di Kelantan.
Selain itu Pusat Falak Miri; Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak, Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah; dan di Pahang adalah di Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands serta Menara Kuantan 188.
Turut menjadi lokasi melihat anak bulan ialah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.
Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.