Korek Terowong 600 meter gagal larikan wang USD318 Juta dari bank

💬 WhatsApp

Artikel ini telah dibaca 2211Kali!

Geng Pencuri Bank Brazil menggali terowong sejauh 600 meter untuk merompak bank yang dilapor oleh DW pada 10/04/2017.

Terowong bawah tanah menuju ke bank

Polis Brazil menggagalkan satu komplot terancang untuk merompak bank sebanyak 1 bilion reai (USD$318 juta, €270 juta euro) menggunakan terowong bawah tanah.

Sepasukan 16 perompak bank telah menggali terowong sepanjang hampir 600 meter (2000 kaki), dari rumah yang disewa berdekatan ke cawangan Bank Sao Paulo milik kerajaan Banco do Brazil.

Sebahagian dari 16 Pencuri yang ditahan

Jabatan Keselamatan Awam negeri Sao Paulo berkata kumpulan itu telah berada di bawah pengawasan selama tiga bulan sebelum terowong itu ditemui. Kumpulan itu didakwa membelanjakan kira-kira USD $1.27 juta membina terowong berkenaan.

Rumah sewa dipenuhi peralatan menggali terowong

Kerja-kerja pembinaan terowong bermula empat bulan lalu dan projek itu dilengkapi dengan mengagumkan. Polis mendakwa ketua kumpulan itu adalah seorang wanita berusia 35 tahun yang terlibat dalam cubaan merompak sebuah van keselamatan di Paraguay.

Kelengkapan penggali terowong

Terowong itu berketinggian kira-kira 1.5 meter dan diperkukuh dengan rasuk besi dan kayu, malah berwayar dengan lampu. Dindingnya dipenuhi dengan beg sampah plastik untuk mengurangkan habuk.

Artikel Berkaitan:

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  Galakan Menimba Ilmu: Inisiatif Pembacaan Buku Dalam Kalangan Banduan di Brazil