Skip to content

Suspek kedua simbah Asid ditahan di Bangi

Artikel ini telah dibaca 2921Kali!

Berita Harian melaporkan Polis telah menahan seorang lagi suspek lelaki warga Malaysia berusia 30tahun pada lewat petang 6 Mei 2024 dipercayai dapat membantu siasatan kes serangan dengan asid ke atas pemain bola sepak negara, Faisal Halim.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika mengesahkan perkara itu, berkata suspek ditahan di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Datuk Hussein Omar Khan

Suspek pertama lelaki berusia 20an warga Malaysia diberkas di Pandan Indah Ampang pada malam 5 Mei 2024.

Suspek berusia 20-an itu ditahan berdasarkan nombor pendaftaran sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Berita lanjut akan menyusul.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.