Lelaki Bisu Maut, Ibu Cedera Dalam Kes Samun Bersenjata Di Pulau Pinang Seorang suspek diberkas

💬 WhatsApp

Artikel ini telah dibaca 2048Kali!

Anggota polis dilihat memasuki lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan. – Foto SINAR HARIAN

PERMATANG PAUH 9 Mei 2024 (Pulau Pinang): Seorang lelaki kurang upaya (OKU) ditemui maut dalam keadaan kaki serta tangannya diikat dan mulutnya disumbat kain dalam satu kejadian samun di sebuah rumah di Guar Perahu, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Ibunya yang berusia 70-an tahun pula ditemui dalam keadaan kaki serta tangannya diikat dengan pengikat kabel (cable tight) dan mulutnya disumbat kain dalam bilik berasingan.

Mereka ditemui kira-kira 6.30 pagi 8 Mei 2024.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Helmi Aris, berkata kejadian disedari bapa mangsa berusia 80-an tahun yang mendapati rumahnya berselerak sebelum membuat pemeriksaan di bilik isteri dan anaknya yang berusia 40-an tahun itu.

“Sebaik bangun pada 6.30 pagi, bapa mangsa yang tidur di bilik berasingan mendapati rumah berselerak dan mengesyaki ia dipecah masuk, lalu membuat pemeriksaan di bilik isterinya dan menemui wanita itu dalam keadaan diikat, mulutnya disumbat kain dan cedera di jari kanan.

“Pemeriksaan di bilik anaknya yang merupakan OKU bisu pula mendapati lelaki itu juga diikat dan mulutnya disumbat dengan kain, namun sudah tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Sinar Harian.

ACP Helmi berkata pemeriksaan oleh pegawai perubatan Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang, di tempat kejadian mengesahkan lelaki OKU itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata siasatan mendapati dua suspek disyaki terlibat dalam kejadian samun itu dan mereka dipercayai bersenjatakan parang ketika melakukan jenayah tersebut.

Suspek turut melarikan barang berharga, wang tunai dan sebuah televisyen dari rumah mangsa.

“Ekoran kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 40-an tahun bagi membantu siasatan dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau, termasuk lima berkaitan dadah,” katanya.

Baca Juga  Siasatan menyeluruh kes pengawal pengiring PDRM pukul pemandu OKU Pendengaran-TMJ
Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.