Gangguan bekalan air di Lembah Klang 5-7 Jun 2024

Spread the love

This post has already been read 2270 times!

Lapan wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air pada 5 hingga 7 Jun depan berikutan kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata kawasan terlibat ialah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor, dengan kerja-kerja dijalankan dari 9 pagi 5 Jun hingga 7 malam hari yang sama.

Menurutnya, pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat bermula 3 pagi 6 Jun setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap dan apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

Menurut syarikat itu, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada tengah hari 7 Jun.

“Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Justeru itu, Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya dalam notis yang dikeluarkan.

Bagi pelanggan komersial, Air Selangor memaklumkan bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah yang terjejas.

“Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di empat (4) stesen pengisian air yang akan dibuka di Breamer Estet (wilayah Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (wilayah Sepang), serta Taman Banting Baru (wilayah Kuala Langat).

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/,” ujarnya.


Spread the love
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Author: bicaraminda