[Video]Penjenayah Culik dan bunuh Nurin jazlin masih misteri

💬 WhatsApp

Artikel ini telah dibaca 2249Kali!

Kes allahyarham Nurin Jazlin pada tahun 2007 cukup memberi kesan kepada rakyat negara ini.

Pembunuhan Nurin Jazlin,8 tahun kekal misteri hingga kini, meskipun siasatan masih diteruskan untuk menentukan penjenayah yang bertanggungjawab.

Suasana pilu semasa pengkebumian Nurin Jazlin

Persoalannya, mengapa kanak-kanak tidak berdosa diperlakukan begitu kejam.

Kes pembunuhan Nurin Jazlin pada tahun 2007 masih menjadi misteri sehingga sekarang.Jam 8 malam 20 Ogos 2007 menjadi detik ngeri buat keluarga Jazmin Abdul Jalil apabila Nurin Jazlin 8 tahun anak kedua Jazmin Abd Jalil diculik ketika dalam perjalanan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju Kuala Lumpur.

Beg digunakan mengisi mayat Nurin

Pada 17 September 2007 pencarian akhirnya terjawab apabila mayat Nurin Jazlin ditemukan dalam sebuah beg sukan ditinggalkan di hadapan sebuah kedai di jalan PJS 1/48 Petaling Jaya Selangor.

Siasatan berdasarkan rakaman sebuah CCTV kabur menghalang pengecaman wajah penjenayah. Rakaman berkenaan dihantar ke Biro Penyiasat Persekutuan Amerika Syarikat FBI namun tidak berjaya mendapat gambaran sebenar penjenayah terbabit.

Dari bedah siasat mendapati kanak ini mengalami penderaan seksual yang dahsyat sebelum dijerut sehingga mati.

Rakaman CCTV menunjukkan gerak-geri penjenayah
Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Baca Juga  Amaran Keselamatan: Insiden Pencerobohan & Tips Elak Jadi Mangsa

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.