This post has already been read 2496 times!
Dari peta lalu lintas udara dunia tentu dapat melihat seolah-olah semua pesawat menghindari dari ruang udara Tibet.
Kawasan ini merupakan lokasi pergunungan dengan purata ketinggian melebihi 14,000 kaki mendapat jolokan atap dunia.
Keadaan ini antara sebab pesawat komersial mengelak dari melaluinya. Kelajuan angin dikawasan yang tidak stabil mengundang goncangan kuat pada pesawat.
Suhu udara rendah dibawah minus 40°C menjadikan kawasan ini berisiko menyebabkan pembekuan minyak pesawat.
Rekod penerbangan dikawasan ini menunjukkan sejumlah 594 pesawat terhempas dan 1659 orang penumpang hilang di kawasan pergunungan sejuk ini.
Semasa perang dunia kedua, 50% pesawat tentera melalui kawasan ini hilang tidak dapat dikesan.
Ketinggian purata dataran tinggi Tibet jauh lebih dari 14,000 kaki dan pesawat biasanya beroperasi pada ketinggian lebih dari 30,000 kaki. Biasanya ini tidak menjadi masalah.
Tetapi dalam beberapa situasi kecemasan seperti kehilangan tekanan kabin atau kegagalan peralatan, pesawat perlu turun kepada ketinggian 10.000 kaki.
Dalam situasi ini pesawat akan melepas corong oksigen untuk membolehkan penumpang bernafas. Namun bekalan oksigen pesawat hanya bertahan sekitar 20 minit sahaja.
Perjalanan pada paras 10,000 kaki di ruang udara bergunung-ganang dengan ketinggian purata gunung 14,000 kaki tentunya mengundang kemalangan perlanggaran.Tempoh melalui kawasan ini melebihi 20 minit mengundang masalah kehabisan oksigen khususnya dalam situasi kecemasan.
Pada tahun 2018 pesawat sicuan Airlines sedang terbang melintasi dataran tinggi pada ketinggian30.000 kaki tiba-tiba sebuah tingkap pecah dan berlaku Kehilangan tekanan dalam kabin. Juruterbang Pesawat segera menukar keluar dari ruang udara tibet untuk pendaratan cemas dalam masa 35 minit.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.