Skip to content

HarmonyOS Kini Menjadi Sistem Operasi Mudah-Alih Kedua Paling Popular Di China

Artikel ini telah dibaca 1563Kali!

Populariti sistem operasi baru HarmonyOS mengatasi Apple iOS. Usaha Huawei dalam pembangunan sistem operasi sendiri, HarmonyOS mula memperlihatkan kejayaan awal.

Mengikut data terkini berasaskan Counterpoint Research, kini HarmonyOS memegang takhta sebagai sistem operasi kedua paling popular di China.

Mengikut pegangan pasaran pada suku pertama 2024, HarmonyOS mempunyai pegangan pasaran sebanyak 17%, dan diikuti oleh iOS dengan pegangan sebanyak 16%.

Menduduki tangga pertama adalah Android, yang mempunyai pegangan majoriti pasaran mudah-alih bukan sahaja di China, tetapi di dunia. Di China sendiri, permintaan untuk peranti Huawei mula meningkat kembali, apatah lagi dengan penawaran peranti menarik oleh pengeluar berkenaan.

Sejumlah pembangun juga telah mula membangunkan aplikasi untuk platform HarmonyOS – selari dengan usaha Huawei untuk beralih keluar daripada integrasi Android pada sistem operasi berkenaan.

Huawei sendiri dijangka akan memperkenalkan HarmonyOS Next melalui siri Huawei Mate 70 akan datang kelak pada tahun ini.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  Telefon Pintar Paling Maju dengan Fungsi AI 2025