This post has already been read 1377 times!
Rambut hitam berkilat idaman setiap mahu pun wanita. Rambut semakin nipis, mudah gugur dan bertukar menjadi putih tanda kerosakan biasanya berpunca dari penggunaan syampu dan pelbagai kondisioner moden.
Rambut adalah organ berasaskan protein sangat sensitif kepada bahan kimia. Struktur protein akan mudah musnah jika terdedah kepada penggunaan shampoo anti kelumumur di pasaran.
SYAMPU dikenal pasti punca utama utama kepada sensitiviti kulit kepala bagi ramai orang. Pembersih atau surfaktan yang keras dalam kebanyakan syampu boleh membersihkan lapisan asid kulit kepala – keasidan semula jadi yang melindungi kulit anda – menjadikannya terdedah kepada kekeringan dan kerengsaan.
Minyak kelapa organik yang dihasilkan melalui proses tekanan sejuk( cold press) mengandungi asid lemak penting iaitu laurik asid dapat melegakan kegatalan kulit kepala anda.
Hampir 50% daripada kandungan lemak sebiji kelapa adalah asid laurik. Lemak tepu ini membantu kulit menyerap minyak kelapa dengan cekap, menjadikannya rawatan yang menenangkan untuk kulit kepala yang gatal. Rawatan kutu kepala juga berkesan menggunakan minyak kelapa tanpa kesan sampingan berbanding ubat kutu kimia yang dijual di pasaran.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.