Skip to content

[Video] Pemilik Tesla guna elektrik Tanpa melalui meter terbongkar

Artikel ini telah dibaca 6013Kali!

Seorang pemilik Tesla didapati Guna Elektrik Untuk Cas Kereta Tanpa Melalui Meter Yang Dipasang.

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah rumah telah didatangi oleh pihak TNB selepas mereka mendapat aduan mengenai penggunaan elektrik di rumah itu.

Difahamkan, pemilik kereta Tesla tersebut telah didakwa mengubah cara pemasangan untuk pengecasan keretanya agar tidak dikesan penggunaan yang berlebihan daripada pihak TNB.

Menurut pekerja TNB berkenaan pemasangan tanpa melalui meter telah menyebabkan penggunaan tenaga elektrik di rumah terbabit tidak dapat direkodkan.

Pemeriksaan mendapati kabel telah di sambung terus kepada alat pengecas tanpa melalui meter TNB.

Selepas diberitahu perkara tersebut, pemilik Tesla berkenaan dan mendakwa tidak mengetahui perkara berkenaan kerana pemasangan dibuat oleh seorang juruteknik.

Susulan daripada itu, pihak TNB membetulkan semula litar elektrik terbabit.

Pekerja TNB berkenaan memberitahu ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.

Tindakan mengubah kabel tidak melalui meter adalah kategori mencuri elektrik

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.