8.5 Juta Rakyat Akan Menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Sehingga RM650 Mulai 29 Ogos 2024

💬 WhatsApp

Artikel ini telah dibaca 10290Kali!

Kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 seperti yang dijadualkan mulai 29 Ogos 2024 (Khamis) kepada lebih 8 juta penerima sedia ada, manakala bagi penerima baharu dan rayuan pula akan menerima bayaran mulai 18 September 2024 (Rabu).

Mulai 2024, Kerajaan telah mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan.

Status kelayakan STR dibuka untuk semakan mulai 29 Ogos 2024 dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan bantuantunai.hasil.gov.my.

Kementerian Kewangan (MOF) ingin menasihati penerima STR agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.

Sebagai perlindungan daripada kes penipuan (scam), pihak MOF tidak membuat penghantaran SMS dan mesej WhatsApp meminta maklumat peribadi kepada individu.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai STR, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.

Kategori PenerimaJumlah PenerimaKadar Bayaran STR Fasa 3Jumlah Peruntukan (RM)
Isi Rumah (≤ RM2,500)3.0 jutaRM150 – RM6501.1 bilion
Isi Rumah (RM2,501-RM5,000)1.0 jutaRM150 – RM3000.2 bilion
Warga Emas Tiada Pasangan1.2 jutaRM1500.2 bilion
Bujang3.3 jutaRM500.2 bilion
JUMLAH8.5 jutaRM1.7 bilion
Pembayaran STR Fasa 3 mengikut kategori kelayakan masing-masing
Kaedah PembayaranTarikh PembayaranJenis Penerima
Mempunyai akaun bank– Dikreditkan terus ke dalam akaun bank29 Ogos 2024 – 6 September 2024

18-20 September 2024
Penerima sedia ada


Penerima baharu dan rayuan
Tiada akaun bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

– Pembayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional.
Mulai 29 Ogos 2024


Mulai 18 September 2024
Penerima sedia ada



Penerima baharu dan rayuan
Pembayaran STR Fasa 3 akan disalurkan secara berperingkat

Artikel Berkaitan:

Iklan dan Penafian
Baca Juga  3000 TnG NFC percuma daftar awal PADU

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.