This post has already been read 3458 times!
Keadaan mendapan baru seluas dua kaki dengan jarak hanya 50 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, pagi 28 Ogos 2024.
Kawasan mendapan telah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Suliezmy Affendy Sulaiman berkata perbincangan sedang dilakukan untuk memperluaskan penutupan jalan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian.
Orang awam tidak dibenarkan berada di lokasi mendapan.
– BERNAMA
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.