Artikel ini telah dibaca 411Kali!

Teluk Intan, 12 Julai 2024:
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu. Tertuduh, Amirul Haqim Ayub, 31, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.
Menurut pertuduhan, doktor tersebut didakwa merakam video punggung seorang pekerja wanita berusia 27 tahun di sebuah kedai dalam pasar raya di Jalan Changkat Jong sekitar jam 6.30 petang. Kesalahan ini didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Rakaman CCTV menunjukkan tertuduh mendekati mangsa dan merakam video. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dan menetapkan 30 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.