Pada 29 Januari 2024, dunia dikejutkan dengan kematian Hind Rajab ( Usia 6 tahun) di kejiranan Tel al-Hawa, Gaza. Bersama enam ahli keluarganya, Hind cuba menyelamatkan diri mengikut arahan pemindahan ketika kereta mereka diserang dengan 335 peluru.
Hind sempat membuat panggilan kecemasan selama 3 jam kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS), merayu untuk diselamatkan sambil dikelilingi mayat keluarga dan menyebut kehadiran kereta kebal Israel berhampiran.
This replica remakes the car in which 6-year-old Hind Rajab was shot 335 times by the IDF.
Hind should have turned 7 this year. Instead, we remember her name, story, and stolen future. pic.twitter.com/gG0jtWU7Es
Dua paramedik PRCS (Yousef Zeino & Ahmed al-Madhoun) dihantar setelah berkoordinasi dengan Israel, tetapi ambulan mereka diserang dengan peluru berpandu M830A1 buatan AS.
Penyiasatan oleh The Washington Post dan Forensic Architecture menggunakan imej satelit mendapati kereta kebal Israel berada hanya 13-23 meter dari lokasi.
Kereta keluarga Hind Ditembak 335 biji peluru, menunjukkan sasaran langsung terhadap kenderaan awam yang jelas membawa kanak-kanak.
Tuntutan Keadilan & Reaksi Antarabangsa
3 Mei 2025 (hari jadi ke-7 Hind): Yayasan Hind Rajab memfailkan aduan jenayah perang di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menamakan Leftenan Kolonel Beni Aharon (Briged Berperisai ke-401) sebagai bertanggungjawab.
Reaksi Global:
Bangunan Hamilton Hall di Universiti Columbia dinamakan semula sebagai “Hind’s Hall” (2024) sebagai protes.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi mengklasifikasikan insiden ini sebagai potensi jenayah perang.
Lebih 17,000 kanak-kanak dilaporkan terbunuh dalam konflik Gaza dalam tempoh 15 bulan.
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.