SST 2025: Perluasan Skop Untuk Tambah Pendapatan Negara RM10 billion

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 344Kali!

SST 2025: Hanya 1,813 DiKecualikan Cukai

Dengan pelaksanaan SST 2025 yang bakal bermula pada 1 Julai 2025, pelbagai pihak mula menyuarakan kebimbangan. Menurut analisis terkini, kerajaan dijangka memperoleh tambahan hasil cukai sebanyak RM10 bilion setahun, jauh melebihi anggaran asal RM5 bilion.

Firma perakaunan terkemuka PwC telah mendedahkan bahawa barangan asas seperti pisang, mangga, anggur, minyak masak, garam, cereal dan bahan bacaan kini bakal dikenakan cukai jualan 5% — bercanggah dengan kenyataan rasmi sebelum ini.

Perintah Rasmi: Apa Yang Berubah?

Analisis terhadap dokumen rasmi kerajaan mendedahkan dua perintah cukai utama yang diwartakan pada Jun 2025:

  • Sales Tax (Rates of Tax) Order 2025 [PU(A) 170/2025]
    • Muka surat bertambah dari 62 (2022) kepada 222
    • Subkategori HS Code dikenakan cukai meningkat dari 987 kepada 4,104
  • Sales Tax (Goods Exempted From Tax) Order 2025 [PU(A) 171/2025]
    • Muka surat berkurang dari 282 kepada 103
    • Barangan dikecualikan cukai berkurang daripada 5,222 kepada 1,813

Perubahan ini menunjukkan peluasan besar dalam skop cukai jualan yang bakal memberi kesan meluas kepada pengguna.

Barangan Harian Kini Dikenakan SST 5%

Senarai barangan keperluan harian yang kini dikenakan cukai termasuk:

  • Buah-buahan: Durian, pisang, mangga, anggur, epal, oren, kurma
  • Keperluan dapur: Minyak masak, garam, cereal, rempah ratus
  • Makanan lain: Ikan, makanan laut, sayur dalam tin, coklat, makanan segera
  • Minuman: Jus, sirap, minuman tertentu

Pakar ekon     ., omi menyatakan bahawa hasil besar ini bukan semata-mata daripada barangan mewah, tetapi dari barangan asas harian.

Baca Juga  Bantuan SARA Disalurkan Melalui MyKad Mulai 15 Januari 2025
Kesan Kepada Rakyat & Pendapatan Digital

Pelaksanaan SST 2025 dijangka memberi impak besar seperti:

  • Kenaikan harga barangan harian antara 5% hingga 10%
  • Peningkatan kos sara hidup untuk golongan B40 dan M40
  • Perubahan pola perbelanjaan pengguna
  • Kemungkinan kenaikan harga secara berperingkat oleh peniaga
🔔 Penting: Semua pendapatan daripada Google AdSense, TikTok, Shopee, Lazada, Facebook dan YouTube kini turut dikenakan cukai!
Reaksi Awal & Tindakan Kerajaan

Pelbagai reaksi telah dilontarkan:

  • Pertubuhan pengguna: Bimbang kos hidup semakin meningkat
  • Peniaga kecil: Keliru dan terkesan dengan prosedur baharu
  • Pakar ekonomi: Berpandangan langkah ini penting untuk hasil negara
  • Pembangkang: Mengkritik cukai atas barangan asas

Kerajaan menegaskan bahawa pelaksanaan SST 2025 ini bertujuan membina sistem yang lebih adil dan mampan, serta berjanji akan terus memantau dan menyesuaikan dasar jika perlu.


Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Scroll to Top