[Video] Kes Pergaduhan Pelajar SMK Meru, Klang
Artikel ini telah dibaca 383Kali!

Sebuah insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar SMK Meru, Klang, Selangor, telah menjadi tular melalui video berdurasi 22 saat. Kejadian ini berlaku di lorong belakang sebuah restoran (kedai mamak) di kawasan Meru pada 1 Julai 2025.
Kes pergaduhan melibatkan pelajar SMK Meru, Klang, Selangor.
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 1, 2025
Lokasi: Berhampiran SMK MERU, lorong belakang kedai mamak pic.twitter.com/nM9ZulnA31
Sehingga kini, pihak polis belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mangsa atau pihak lain berhubung kejadian ini. Pihak berkuasa memandang serius kes pergaduhan ini, terutamanya kerana melibatkan pelajar sekolah, dan berjanji akan mengambil tindakan tegas untuk memastikan keselamatan serta ketenteraman awam.
Budaya gangsterisme di kalangan murid sekolah tidak boleh dibiarkan hingga ke tahap memporak-perandakan. Pengukuhan disiplin memerlukan ketegasan. Murid yang terlibat mesti dihukum buang sekolah.
Sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini diminta menghubungi Balai Polis Meru di talian 03-33922222 atau balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

