[Video] Pendedahan Bayi 3 Bulan dirogol dirakam dan video dijual

💬 WhatsApp

Artikel ini telah dibaca 702Kali!

Pendedahan Mengejutkan: Kes Bayi 3 Bulan Dirogol

Pada 16 Julai 2025, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan satu kejadian kejam dan di luar batas kemanusiaan melibatkan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan.

“Ada kes bayi umur tiga bulan dirogol, dirakam dan kemudian dijual pula video. Itu sudah kira gila!”

“Saya diberi taklimat pada jam 12.30 tengah malam… Bayi umur tiga bulan kena rogol, divideokan dan (rakaman) dijual video itu. Itu sudah kira gila… ya dah gilalah, tak terbayang oleh kita.”

Menteri menyifatkan kes tersebut sebagai “tidak terjangkau dek akal” dan menandakan satu bentuk jenayah ekstrem yang mesti ditangani secara tuntas. Beliau menegaskan bahawa siasatan sedang berjalan dan maklumat lanjut tidak boleh didedahkan demi menjaga integriti kes serta keselamatan mangsa.

Kenyataan beliau membangkitkan rasa marah dan ngeri dalam kalangan rakyat, apabila bayi tidak bersalah menjadi mangsa perbuatan kejam yang turut dirakam dan dijual untuk keuntungan.

Kekejaman Meluas Apabila Umat Islam Berpecah

Kekejaman demi kekejaman kini berlaku tanpa henti: bayi dirogol, video dijual, remaja ketagih seks, keluarga porak-peranda, maruah tergadai, hukum agama dipandang ringan. Ini bukan lagi perkara asing — ia telah menjadi barah dalam masyarakat Islam sendiri.

Hakikat pahit ini terjadi kerana umat Islam berpecah — dalam aqidah, politik, pendidikan, sosial dan kepimpinan. Umat tidak lagi bersatu atas tali Allah, malah membiarkan hawa nafsu, kebendaan dan pengaruh luar menguasai hidup mereka.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai…”

Baca Juga  SKMM siasat Lelaki 63 Tahun Menghina Islam di Media Sosial

(Surah Ali-Imran: Ayat 103)

Bila umat berpecah, hilang keberkatan, hilang kekuatan, hilang maruah. Hilang minat pengisian agama, kurangnya nasihat menasihati kearah kebaikan. Akibatnya kezaliman membarah dalam masyarakat.

Perpaduan bukan hanya slogan — ia adalah perintah Allah. Dan selagi umat tidak kembali bersatu, kekejaman akan terus membarah walau undang-undang digubal sekeras mana sekalipun.

Bangkitlah wahai umat Islam! Sudah cukup kita lalai. Inilah masanya untuk kembali bersatu, kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah, kembali kepada tanggungjawab sebenar kita di bumi ini.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.