“Polis Reka Cerita Saya Bunuh Anak Sendiri” – Ismanira
Artikel ini telah dibaca 405Kali!

“Polis Reka Cerita Saya Bunuh Anak Sendiri” – Ismanira
Petaling Jaya: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan, mendakwa dirinya telah dipaksa membuat pengakuan membunuh anaknya sendiri ketika dalam tahanan reman. Dakwaan itu dibuat semasa prosiding pembelaan di Mahkamah Sesyen hari ini.
Ismanira, 30 tahun, menyatakan bahawa dia telah memberikan kerjasama penuh selama 13 hari siasatan namun mendakwa pihak polis tidak berpuas hati dengan keterangannya.
“Mereka menuduh saya mengarang cerita dan perkara yang saya tidak lakukan. Mereka reka cerita bahawa saya sebenarnya telah menjumpai anak saya, lalu saya yang membunuh anak saya sendiri. Apabila saya menafikan, mereka tetap tidak puas hati,” katanya.
“Mereka menuduh saya mengarang cerita dan perkara yang saya tidak lakukan. Mereka reka cerita bahawa saya sebenarnya telah menjumpai anak saya, lalu saya yang membunuh anak saya sendiri. Apabila saya menafikan, mereka tetap tidak puas hati,” katanya.
Tambah Ismanira, siasatan ke atas dirinya dilakukan di sebuah banglo yang digelar sebagai “safe house” di kawasan sekitar Petaling Jaya. Beliau turut menafikan tuduhan pengabaian terhadap anaknya, dengan menyatakan bahawa dia sentiasa menjaga dan membesarkan Zayn sendiri.
“Saya yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan Zayn sepanjang usianya. Saya hanya berpisah dengannya ketika bekerja dan sewaktu dia bersekolah. Saya tidak berada di Blok R sepanjang masa dan tidak pernah ke kawasan sungai seperti didakwa dalam pertuduhan. Saya benar-benar kehilangan anak saya pada hari itu,” kata Ismanira dalam nada sebak.
Prosiding yang berlangsung pada sebelah pagi ditangguhkan tengah hari dan dijadualkan bersambung semula pada petang. Selain Ismanira, empat lagi saksi termasuk suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, akan tampil memberi keterangan pembelaan dalam kes berprofil tinggi ini.
Iklan dan Penafian
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

