Bendera Indonesia dipasang terbalik semasa sambutan kemerdekaan

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 346Kali!

Bendera Indonesia dipasang terbalik semasa sambutan kemerdekaan

JAKARTA – Pasukan Pengibar Bendera Pusaka (Paskibraka) di Surabaya, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian ramai apabila mengibarkan bendera Indonesia secara terbalik semasa sambutan Hari Kemerdekaan negara itu yang ke-80 pada 17 Ogos 2025, lapor portal berita Kumparan.

Upacara rasmi itu berlangsung di Balai Kota Surabaya pada tarikh tersebut.

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @balikpapantv_official menunjukkan bendera Merah Putih dipasang dalam keadaan terbalik sebelum dinaikkan.

Selepas menyedari kejadian itu, Paskibraka segera menghentikan seketika upacara lalu membetulkan semula posisi bendera.

Bendera Indonesia mempunyai dua warna di mana warna merah berada di atas, manakala putih di bawah.

Datuk Bandar Surabaya, Eri Cahyadi kemudian tampil menjelaskan bahawa beliau tidak marah atau kecewa susulan kejadian itu.

“Apabila kesilapan berlaku, mereka tidak kelam-kabut tetapi kekal tenang. Lihat semasa bendera dikibarkan, ia tetap merah putih. Dia (pegawai) mengibarkan bendera secara salah kerana keliru,” kata Eri.

Insiden serupa turut berlaku di Padang Kondosapata di Mamasa, wilayah Sulawesi Barat. Upacara tersebut diteruskan selepas bendera dipasang dalam keadaan betul.

Baca Juga  Kanak-Kanak Hanyut di Longkang Ketika Hujan Deras

Artikel Berkaitan:


Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Scroll to Top