Jalur Gemilang Pasang Terbalik: Patriotik Atau Protes

💬 WhatsApp

Artikel ini telah dibaca 433Kali!

Lagi Insiden Jalur Gemilang Terbalik

Tarikh: 20 Ogos 2025

Masa: 6:37 petang

Lokasi: Pontian, Johor

Tafsiran Simbolik Jalur Gemilang Terbalik

Ada komen daripada orang ramai yang mengatakan, apabila bulan dan bintang diletakkan ke bawah, ia seolah-olah membawa maksud bahawa mereka tidak mahu agama Islam menjadi agama rasmi negara.

Tafsiran sebegini menimbulkan isu sensitif kerana ia melibatkan agama, identiti kebangsaan, serta semangat Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Oleh itu, setiap pihak dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam pemasangan bendera agar tidak menimbulkan salah faham atau ditafsirkan dengan makna yang tidak diingini.

LAPORAN ADUAN PEMASANGAN BENDERA MALAYSIA TERBALIK

Tarikh: 20 Ogos 2025 (Rabu)

Lokasi: Pusat Perdagangan Pontian

Pihak Terlibat: Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) & Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Tindakan Penguatkuasaan

Pihak MPPn telah menerima laporan pemasangan bendera Malaysia dalam keadaan terbalik di sebuah klinik swasta. Dua (2) anggota penguat kuasa telah diatur gerak ke lokasi kejadian.

Hasil semakan mendapati bendera dipasang terbalik pada tingkap Aras 2 bahagian dalam premis. Ketika pemeriksaan, premis telah tamat operasi. Justeru, MPPn dan PDRM menghubungi pekerja premis untuk hadir serta-merta.

Wakil pekerja kemudian hadir dan melakukan pembetulan segera. Kedudukan bendera Malaysia dan Johor turut diperbetulkan dengan pemantauan MPPn dan PDRM.

Baca Juga  Solidariti Bendera Malaysia dan Singapura digantung di luar flat Singapura

Siasatan dan Tindakan Lanjut

Hasil tindakan lanjut, seramai empat (4) individu telah dibawa ke IPD Pontian untuk siasatan:

  • Dua (2) wanita berbangsa Melayu
  • Satu (1) lelaki berbangsa Cina
  • Satu (1) wanita berbangsa Cina

Pihak premis telah melakukan kesalahan di bawah UUK 45, Pengibaran Bendera, Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDP) 2019.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.