Pelajar Tingkatan 3 dirogol 2 pelajar senior waktu Persekolahan

💬 WhatsApp

Artikel ini telah dibaca 434Kali!

Kronologi Kes Rogol Pelajar

Pada 2 Oktober 2025, seorang pelajar Tingkatan 3 dirogol secara bergilir-gilir oleh dua pelajar senior dalam kelas sekolah menengah di Alor Gajah. Dua lagi pelajar merakam dan menyaksikan kejadian. Video tersebar sebelum guru dan ibu mangsa dimaklumkan. Mangsa kini trauma dan enggan ke sekolah.

Tindakan Pihak Berkuasa & Kementerian

Empat pelajar Tingkatan 5 direman di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan. KPM meminta MCMC menyekat video rogol. KPWKM menggerakkan kaunselor dan pegawai pelindung untuk membantu mangsa. Suspek dibenarkan menduduki SPM selepas perbincangan dengan pihak berkuasa.

Sikap Masyarakat & Kegagalan Sistem

Larangan telefon bimbit di sekolah dilanggar. Pengawasan longgar membolehkan jenayah berlaku. Ramai hanya peduli bila anak sendiri jadi mangsa. Sikap pasif ini membenarkan budaya kebal dan kezaliman terus berkembang dalam kalangan pelajar.

Seruan Tindakan & Reformasi

Rogol bukan skandal. Ia jenayah. Bila pelajar boleh merogol waktu persekolahan, menunjukkan sistem urustadbir sudah lumpuh. Refomasi menyeluruh  Sistem pendidikan dan undang-undang perlu diperbaharui agar pelajar dilindungi dan pelaku dihukum tanpa kompromi.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.