Video Pergaduhan di Kedai Makan Rengit Tular — 9 Suspek Termasuk Remaja Ditahan

💬 WhatsApp

Artikel ini telah dibaca 383Kali!

9 Suspek Bergaduh di Kedai Makan Rengit Ditahan Polis

BATU PAHAT, 28 Okt — Sembilan lelaki termasuk seorang remaja ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai makan di Rengit, di sini, yang tular di media sosial semalam.

Kronologi Kejadian

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam Ahad, 26 Oktober 2025, dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap seorang individu yang membuat bising hingga menimbulkan kekacauan kepada orang awam.

Tindakan Polis

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata kesemua suspek berusia antara 18 hingga 35 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

“Tangkapan dilakukan pada jam 12.10 tengah malam Isnin, 27 Oktober, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh bersenjata,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek kini direman empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan lanjut.

Video Tular & Situasi Kecoh

Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 40 saat di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki bertengkar sebelum salah seorang daripada mereka menterbalikkan sebuah motosikal.

Tidak lama kemudian, kumpulan terbabit dilihat bergaduh dengan membaling meja, kerusi dan topi keledar milik kedai makan berkenaan, menyebabkan beberapa peralatan rosak.

Pelanggan yang sedang menjamu selera di premis itu turut cuba meleraikan pergaduhan, namun suasana menjadi kecoh sebelum pihak polis bertindak menahan semua suspek terbabit.

Baca Juga  Simbah Anjing Dengan Air Panas: Pengurus KK Mart Dipecat
Tweet
Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.