Antara Pengecas dan Pening: Realiti Pengguna EV Malaysia

💬 WhatsApp

Artikel ini telah dibaca 201Kali!

⚡ Realiti Penggunaan EV
Kenderaan elektrik (EV) semakin popular sebagai alternatif mesra alam. Namun, di sebalik imej moden dan senyapnya enjin, realitinya tidak semudah yang disangka.

🔋 Jumlah pengecas awam masih terhad.
Tempoh mengecas lebih lama berbanding isi minyak.
🛣️ Tidak praktikal untuk perjalanan jauh dan lasak.

EV lebih sesuai untuk penggunaan harian dalam bandar—ulang-alik kerja, beli barang, atau hantar anak ke sekolah.
EV Bukan Untuk Semua Orang
Nampak macam senang…
– Balik kerja, cucuk plug. Esok pagi bateri penuh.
– Atau seminggu sekali, lepak stesen CPO. Belum habis secawan kopi, bateri dah siap.

Tapi realitinya… lain.
Dah hampir setahun aku guna EV. Terus terang—banyak benda masih belum smooth.
Cabaran Sebenar: Apps
🔌 Apps kata charger hijau.
Tapi bila sampai—“Under maintenance.”
Masa tu rasa nak patah balik ke zaman minyak.
Cabaran Sebenar: Rumah Tinggi
🏢 Tinggal rumah tinggi?
Nak charge pun macam operasi khas. Turun parking, cari port kosong, harap tak ada yang conquer.
Kadang rasa macam main musical chair.
Cabaran Sebenar: Jalan Jauh
🗺️ Nak jalan jauh?
Kena plan macam masuk Amazing Race. Kira jarak, cari charger, doa sempat sampai sebelum bateri tinggal 5%.
Kalau tak, powerbank sebesar almari pun tak guna.
Kesimpulan
Kalau lifestyle kau jenis “asal boleh”, EV memang boleh buat kau stress.

Jangan sembang kau power pasal EV kalau belum pernah rasa:
Bateri tinggal 2%, tapi stesen charger lagi 50km. 😆

Satu je keypoint untuk survive dengan EV:
Tahap kesabaran kau kena level Maulana.
Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.