Siapa FIFA Tentukan Kewarganegaraan Rakyat Malaysia?” – TMJ

💬 WhatsApp

Artikel ini telah dibaca 131Kali!

FIFA
FIFA Pertikai Dokumen JPN? TMJ Kata Jangan Main Dengan Kedaulatan Malaysia

Tindakan Pelik FIFA Ini bukan sekadar isu bola sepak. Ini isu kedaulatan negara.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah autoriti tertinggi pengesahan identiti & kewarganegaraan Malaysia — bukan NGO, bukan badan luar, apatah lagi organisasi sukan.

Jadi, bagaimana FIFA boleh anggap dokumen JPN “palsu” manakala dokumen yang mereka dakwa ada dianggap “lebih benar” tanpa sebarang verifikasi silang dengan kerajaan Malaysia?

Jika dokumen JPN boleh dinafikan sesuka hati, bermakna seluruh sistem pendaftaran negara kita boleh dipersoalkan. Adakah semua rakyat Malaysia perlu disemak semula oleh FIFA?

Siapa FIFA untuk mengatasi autoriti kerajaan Malaysia dalam hal kerakyatan?


Dokumen pemain warisan disahkan oleh:

  • ✔ JPN – pengeluar dokumen rasmi
  • ✔ Kementerian Dalam Negeri – regulator dasar kerakyatan
  • ✔ Kerajaan Malaysia – pemutus mutlak status kewarganegaraan

Semua dokumen telah disemak, disahkan, dan diterima oleh FIFA sendiri sebelum ini. Tiba-tiba kini mereka “jumpa dokumen baru” dan mempertikaikan dokumen asal tanpa hubungi Malaysia untuk pengesahan lanjutan.

Ini bukan lagi soal teknikal. Ini soal maruah negara.

Ada Benda Pelik Sedang Berlaku – Malaysia Wajib Lawan Habis-Habisan

Pada awalnya badan induk itu menerima dokumen yang sama.
Tiba-tiba kini dokumen itu dianggap tidak sah.
Mengapa?

Sampai hari ini:

  • ✘ Tiada bukti kukuh dikemukakan FIFA
  • ✘ Tiada alasan munasabah dijelaskan
  • ✘ Tiada ketelusan proses audit
  • ✘ Tiada ruang pembelaan awal diberikan Malaysia
Baca Juga  [Video]Begini keadaan Stadium Bukit Jalil 3 hari sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2024

Sukar diterima keputusan meluluskan kemudian ditukar sebaliknya— satu tindakan yang kelihatan tidak berintegriti

TMJ betul 1000%:
“Mengapa dokumen negara lain lebih dipercayai daripada dokumen Malaysia?”

Ini bukan lagi soal bola sepak. Ini soal menghina kredibiliti kerajaan Malaysia.


Malaysia tidak salah.
Pemain warisan tidak salah.
JPN tidak salah.

Yang bermasalah ialah bagaimana badan induk bolasepak dunia yang kabur & sikap mempertikai dokumen negara berdaulat tanpa asas kukuh.

BAWA KE CAS.
LAWAN BALIK.
MARUAH NEGARA BUKAN UNTUK DIPERDAGANGKAN.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.