Topsy di bunuh dengan renjatan Elektrik pada 4 Januari 1903Puas hati Mereka Dapat Bunuh Gajah
β οΈ Peristiwa Hari Ini
4 JANUARI 1903
Hari Pembunuhan Tragis Topsy si Gajah
“Jika Soviet mengorbankan Anjing Laika di angkasa, Amerika Syarikat pula mencatatkan sejarah hitam melalui renjatan elektrik ke atas makhluk yang tidak berdosa.”
Wajah Terakhir Laika Pasrah Diikat pada Kapsul Angkasa Sputnik Soviet
π Profil Topsy (1875 – 1903)
Topsy merupakan seekor gajah Asia betina yang ditangkap di hutan Asia Tenggara semasa kecil. Beliau diseludup ke Amerika Syarikat oleh Adam Forepaugh untuk dijadikan tarikan utama di Forepaugh Circus.
β οΈ Trauma & Reaksi Ganas
Akibat layanan buruk bertahun-tahun, Topsy mula bertindak ganas. Pada 1902, beliau membunuh James F. Blount yang menceroboh dalam keadaan mabuk dan mencucuh bara cerut pada belalainya. Topsy bertindak mempertahankan diri dengan menghenyak lelaki tersebut.
βοΈ Eksploitasi di Pulau Coney
Dijual ke Luna Park, Topsy disiksa oleh penjaga bernama William βWhiteyβ Alt yang mencucuknya dengan serampang hingga berdarah. Walaupun Whitey dipecat, media tetap melabel Topsy sebagai “Gajah Jahat” yang perlu dihapuskan.
β‘ 4 Januari 1903: Eksekusi
Topsy enggan melangkah ke lokasi eksekusi sehingga dipaksa memakai sandal tembaga. Beliau diberi makan sianida sebelum dikenakan renjatan 6,600 voltan. Lehernya dijerut selama 10 minit bagi memastikan kematiannya.
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.