Analisa Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia: Wajib vs Pilihan
Artikel ini telah dibaca 11Kali!

Zakat Fitrah:
Kewajipan Syarak Atau SEDEKAH?
Membongkar Maklumat Gred Beras
Rakyat dikelirukan dengan naratif “makan beras mahal, wajib bayar mahal”. Ini adalah satu bentuk tekanan psikologi yang tidak berlandaskan hakikat hukum syarak yang sebenar.
HENDAKLAH DILETAKKAN KADAR WAJIB DAN KADAR PILIHAN supaya tidak mengelirukan pembayar zakat.
- RM7-RM10: Kewajipan Syarak Utama
- RM15-RM27: Pilihan Peribadi (Sedekah Sunat)
Jangan biarkan diri anda merasa “berdosa” jika hanya membayar kadar terendah walaupun anda makan beras import.
| NEGERI | WAJIB (RM) | PILIHAN (RM) |
|---|---|---|
| Selangor / WP | 7.00 | 15.00 / 22.00 |
| Kedah | 7.00 | 14.00 / 21.00 |
| Pulau Pinang | 7.00 | 10.00 / 15.00 / 25.00 |
| Perak | 10.00 | 16.00 / 27.00 |
| Johor | 7.00 | 12.00 / 20.00 |
| Melaka | 7.00 | 15.00 / 22.00 |
| Negeri Sembilan | 7.50 | 12.00 / 22.00 |
| Pahang | 7.00 | 14.00 / 21.00 |
| Kelantan | 8.00 | 14.00 / 21.00 |
| Terengganu | 10.00 | – / 21.00 |
| Perlis | 9.00 | – |
| Sabah / Sarawak | 7.50 | – |
Jika anda membayar RM7.00 di Selangor, zakat anda **SAH SEPENUHNYA** mengikut syarak. Jangan biarkan istilah “Gred Beras” membuatkan anda rasa terasing jika memilih membayar kadar wajib walaupun anda berkemampuan.
Jika Memilih kadar Pilihan, lebihan yang anda bayar bukan lagi zakat fitrah, tetapi ia adalah **Infaq/Sedekah** yang diagihkan kepada asnaf.
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

