Skip to content

Bulu kucing suci dan tidak membatalkan solat

Artikel ini telah dibaca 2865Kali!

Sebahagian ustaz terkenal tidak mengkaji secara ilmiah terus menghukum bulu kucing di kategorikan sebagai najis. Ini mencetuskan kekeliruan dalam umat Islam. Para Ustaz mesti mempelajari dan memahami sumber dalil kuat atau sebaliknya sebelum mengeluarkan hukum.

Mengambil dalil tanpa membuat semakan kekuatan dalil mengakibatkan kecelaruan kefahaman umat Islam.

Rujukan dari kajian Pejabat Mufti Wilayah memberi penjelasan berikut:

Berdasarkan hadith Rasulullah ﷺ menyifatkan kucing sebagai suci dan tidak najis. Antaranya mafhum sabda Baginda ﷺ: “Sesungguhnya ia tidaklah najis tetapi ia sejenis binatang yang sentiasa berlingkaran kepada kamu.” (Riwayat Abu Daud, al-Turmuzi, al-Nasai dan Ibn Majah) Imam al-Turmuzi berkata hadith ini hasan sahih dan pendapat kebanyakan ulama di kalangan sahabat Nabi, tabiin dan selepas mereka seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishak berpendapat bekasan kucing tidaklah mengapa.

Sebenarnya isu ini menjadi khilaf di kalangan ulama. Mengikut kenyataan Ibn Qudamah “Setiap haiwan hukum bulunya, kulitnya, peluhnya, air matanya, dan air liurnya adalah hukum berdsarkan jilatannya pada bersih atau najis”.

Lihat al-Mughni 1/48.Terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa siapa yang solat dan terdapat pada pakaiannya lebih daripada 3 helai bulu kucing maka solatnya tidak diterima. Sebenarnya pendapat tersebut tidaklah kuat kerana tidak diasaskan kepada dalil sebaliknya dalil bersama pendapat yang menyatakan tidak batal.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.