Skip to content

Kehilangan Minat Belajar Sains di Kalangan Murid Malaysia (2017-2023)

Artikel ini telah dibaca 713Kali!

Aktiviti menangkap belalang untuk pembelajaran sains

Hasil analisa  keputusan SPM  untuk tempoh 6 tahun dari tahun 2017 hingga 2023 mendapati murid di Malaysia mengalami kehilangan minat kepada matapelajaran sains.

Berikut adalah beberapa punca utama yang menyumbang kepada masalah ini:

Punca Utama

  • Pengajaran Melalui Menghafal:
    • Sains diajar secara menghafal daripada buku teks yang dibekalkan.
    • Ulang kaji dilakukan di kelas tuisyen tanpa penekanan pada pemahaman konsep.
  • Tekanan untuk Skor A:
    • Terdapat tekanan fokus untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan, terutamanya untuk mendapatkan gred A.
    • Ini mengakibatkan pelajar lebih menumpukan kepada menghafal daripada memahami.
  • Kekurangan Aktiviti Amali:
    • Kaedah asal untuk menyemarakkan minat dalam sains melalui aktiviti amali dan pemerhatian telah diabaikan.
    • Aktiviti praktikal yang sepatutnya menarik minat pelajar tidak lagi menjadi keutamaan.

Kepentingan Elemen Minat

Sepatutnya dengan penghapusan ujian UPSR dan PMR, memberi lebih ruang untuk pendidikan sains secara tersusun seperti mempertingkatkan aktiviti menyemarakkan minat kepada Sains.

Minat dalam belajar sains adalah asas penting untuk kejayaan pelajar dalam bidang berpotensi tinggi. Tanpa minat, pelajar mungkin tidak akan berusaha untuk memahami konsep-konsep sains dengan lebih mendalam.

Kesimpulan

Walaupun menghafal adalah salah satu kaedah pembelajaran, namun elemen minat tidak boleh diambil ringan. Untuk memastikan murid cemerlang dalam sains, pendekatan yang lebih interaktif dan praktikal perlu diterapkan dalam pengajaran.

Artikel Berkaitan:

Iklan dan Penafian
Baca Juga  [Video] Menyamar Polis Trafik Dan Peras Ugut RM300

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.