Skip to content

Ini sebabnya Kenapa Tidak Membuka Tingkap Kereta semasa Keadaan Hawa dingin dihidupkan

Artikel ini telah dibaca 552Kali!


Membuka tingkap ketika penghawa dingin kereta dihidupkan tentunya satu bentuk pembaziran kerana hawa sejuk pasti akan cepat hilang. Bukan sahaja pembaziran, ternyata membuka tingkap ketika penghawa dingin kereta dihidupkan juga boleh menyebabkan keburukan lain.


Lebih-lebih lagi jika anda memandu di kawasan bandar yang tahap pencemaran, habuk dan bahan pencemar lain juga tinggi.

Kalau kita memandu di kawasan tanah tinggi yang sejuk maka tidak perlu kepada hawa dingin.


Selain itu, kebersihan kabin juga boleh menjejaskan prestasi penghawa dingin kereta. Oleh itu, pengguna kereta hendaklah menjaga kebersihan kabin. Habuk boleh melekat pada sirip penyejuk dan penapis habuk mesti kerap dibersihkan.


Penapis habuk yang kotor akan menyebabkan aliran tiupan angin tidak lancar, menyebabkan ruang kabin tidak mencapai suhu sejuk yang dikehendaki.

Penapis habuk yang tidak dibersihkan akan menyebabkan habuk menjadi keras dan terpaksa diganti baru.

Jadi, tabiat membuka tingkap ketika penghawa dingin kereta dihidupkan perlu dihentikan kerana selain membazir, habuk udara di luar kabin boleh menyebabkan komponen cepat kotor dan menyebabkan prestasi penghawa dingin menurun.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Baca Juga  Boleh jimat minyak kalau tutup Hawa dingin?

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.