[Video- Kemaskini] Pemandu Kereta Naik Angin, Serang Penunggang Motosikal

Artikel ini telah dibaca 1321Kali!

Kuala Kurau, Perak – Tindakan melulu seorang pemandu kereta yang cuba melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari berakhir dengan tragedi apabila dia merempuh dua penunggang motosikal yang cuba menghalangnya.

Susu Khas Diben Drink 📢 [UNTUK DIJUAL] Susu Khas Diben Drink 200ml (2 Pek / 8 Botol) • Formula Pemakanan Lengkap & Kawalan Gula Darah (Sesuai Pesakit Diabetes) • Stok Baru & Belum Buka • Beli via WhatsApp

Kejadian yang berlaku pada 12 November 2024 itu tular di media sosial menerusi dua video dashcam yang memaparkan detik-detik cemas tersebut. Dalam video tersebut, kelihatan dua penunggang motosikal cuba menahan kereta jenis Toyota Corolla Altis berwarna putih yang dipandu laju dan berbahaya.

Namun, pemandu kereta tersebut enggan berhenti dan bertindak agresif dengan merempuh kedua-dua mangsa sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Juna Bin Yusoff, dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut. Beliau berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada salah seorang mangsa, seorang lelaki Melayu berusia 37 tahun.

“Ketika sampai di Jalan Bawah Kuala Kurau, kereta tersebut telah bertindak menghimpit dan melanggar mangsa bersama rakannya itu dan terus melarikan diri,” kata Supt. Juna.

Susulan video tular dan laporan polis yang dibuat, pihak polis telah berjaya menahan suspek, seorang lelaki Cina berusia 48 tahun, di sekitar Kuala Kurau. Kereta yang digunakan dalam kejadian turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini digesa untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7212222.

Iklan dan Penafian
Baca Juga  Bezza Terjunam Atas Landasan KTMB

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.