
Perodua Bezza generasi Asean bakal muncul pada awal 2025; guna platform DNGA
Artikel ini telah dibaca 731Kali!
Walaupun Presiden dan CEO Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad pernah membayangkan keluaran generasi kedua Perodua Bezza mungkin akan muncul sekitar 2025-2026, namun saingan sengit antara pengeluar memungkinkan Perodua membuat pengenalan lebih awal versi sedan kompak generasi baharu awal tahun 2025 nanti.
Jangan terlepas kupasan artikel menarik, berita viral, dan maklumat penting harian terus ke WhatsApp anda.
Follow Saluran Sekarang →
Dalam sidang media Pertandingan Rekaan Sedan Kompak Asia (ACSDC) 2023 di Putrajaya pada Awal Julai 2023 yang lalu, Datuk Zainal mendedahkan Bezza generasi baharu tersebut turut akan dibina berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) seperti model-model baharunya yang lain, serta ia akan tampil dengan rekaan lebih berorientasikan mesra pengguna di rantau ASEAN.

📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.
