Artikel ini telah dibaca 452Kali!
Android Auto adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Google boleh disambung kepada sistem infotemen dalam kenderaan.
Kemudahan Android Auto membenarkan telefon Android menyalurkan pelbagai ciri-ciri menarik daripada telefon kepada kereta.

Tujuan utama Android Auto diperkenalkan adalah bagi tujuan keselamatan ketika pemanduan. Sistem ini menyalurkan kandungan telefon seperti whatsapp melalui skrin infotemen yang ada dalam kereta.
Antara muka untuk Android Auto juga dibangunkan khusus untuk tujuan itu. Anda dapat UI dengan butang bersaiz besar dan font yang lebih mudah dibaca daripada jauh.
Android Auto sebenarnya boleh di pasang pada semua kenderaan.
Menggunakan aplikasi Headunit Reloaded, kandungan telefon akan dipapar pada mana-mana peranti Android berskrin besar seperti Telefon Tablet.
Headunit Reloaded dijual pada harga RM20.99 dan ada versi βliteβ percuma namun fungsi terhad.

π’ Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.