Skip to content

Kucing terselamat nahas pesawat Elmina Kulit Oyen terkoyak 14cm, kaki depan terkehel

Artikel ini telah dibaca 642Kali!

Seekor kucing yang diberi nama oyen terselamat kejadian nahas pesawat di Elmina pada 17/8/2023. Oyen mengalami kecederaan kulit terkoyak sepanjang 14cm dan sendi kaki depan terseliuh.

Oyen kini dalam jagaan Klinik Haiwan Zul Erwan selepas diselamatkan pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) pada hari kejadian.

Menurut Dr Zul Erwan, kucing malang itu mengalami luka di bahagian kiri badan selain kulit terkoyak lebih kurang 14 sentimeter (cm) di bahagian rusuk.

Oyen kini stabil aktif dan berselera makan dibawah pengawasan Klinik Dr Haiwan Zul Erwan.

“Oyen mengalami luka bahagian kiri badan, kulit terkoyak lebih kurang 14cm di bahagian rusuk. “Tangan kanan Oyen juga tempang (weight bearing lameness) mungkin terseliuh akibat terkejut dan tindak balas melompat untuk menyelamatkan diri semasa kejadian,” terang Dr Zul Erwan.

Oyen, seekor kucing jantan yang dipercayai berada di sekitar kawasan tragedi. Ia kemudiannya diselamatkan oleh pihak kementerian kesihatan semasa misi menyelamat ditempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  35 anjing dikurung dan beberapa ekor haiwan mati ditemui di rumah berkunci Port Dickson