Artikel ini telah dibaca 734Kali!
Proses pindahmilik hartanah kebiasaannya memakan masa 3-4 bulan. Dan ada kes yang memakan masa hingga 1 tahun.
Berikut garis pankasar sebagai panduan sahaja. Keadaan sebenar mungkin berbeza bergantung kepada proses yang dilakukan.

1) Menunggu Kelulusan Pinjaman Perumahan
Tempoh masa adalah antara 1 – 2 minggu bergantung kepada proses institusi kewangan.
2) Jika Rumah Tersebut Ada Sekatan Kepentingan.
Mesti kemukakan permohonan Kebenaran Pindah Milik & Gadaian (Consent).
Tempoh masa adalah antara 4 – 24 minggu bergantung kepada pihak berkuasa negeri.
3) Mendapatkan Penyata Baki Hutang Pemilik Rumah(jika berkaitan) Daripada Bank
Tempoh masa adalah antara 2- 3 minggu.
4) Proses Tebus Hutang Pemilik Rumah Kepada Pihak Bank(Jika Berkaitan)
Tempoh masa adalah antara 2 – 3 minggu
5) Proses Melepaskan Gadaian, Pindahmilik Dan Gadaian Di Pejabat Tanah Sebelum Geran Baru Dikeluarkan.
Tempoh masa adalah sekitar 1 -2 minggu.
6) Bank Lepaskan Pinjaman Kepada Pembeli Rumah
Tempoh masa adalah antara 1 – 2 minggu.
7) Pembayaran Duti Setem Pindahmilik (Adjudikasi)
Tempoh masa adalah antara 1 – 2 minggu.
📢 Dapatkan Berita Terkini!
Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.
Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.