Kewarganegaraan Sah, Mengapa FIFA Ubah Keputusan? – TMJ

Hantar dan Sebar

Artikel ini telah dibaca 453Kali!

Kenyataan TMJ di X
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mempersoalkan tindakan FIFA mengenakan penggantungan dan denda terhadap FAM. Baginda menegaskan keputusan itu tergesa-gesa walaupun Jabatan Pendaftaran Negara telah sahkan kewarganegaraan pemain mengikut Perlembagaan.

Persoalan & Tekanan Luar
TMJ turut membangkitkan persoalan sama ada wujud pengaruh luar yang cuba menekan FIFA kerana bimbang dengan kebangkitan Harimau Malaya. Baginda menegaskan Malaysia tidak boleh tunduk kepada tekanan luar.

Surat Rasmi JPN
Sebagai bukti, TMJ merujuk surat rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara yang mengesahkan kewarganegaraan pemain sah menurut undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

Seruan TMJ
TMJ menyeru FAM supaya segera membuat rayuan rasmi kepada FIFA. Menurutnya, Harimau Malaya mesti terus berjuang. Katanya, lawan tetap lawan, berani kerana benar.

Hantar dan Sebar
Iklan dan Penafian

Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat dan kemaskini menarik! Sertai kami di Telegram untuk berita dan pelbagai info terkini.

Sertai Sekarang!

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.

Baca Juga  MITI Siasat Firma China Latih Model AI di Guna Server Nvidia di Malaysia
Scroll to Top