Analisa Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia: Wajib vs Pilihan

💬 WhatsApp

Artikel ini telah dibaca 11Kali!

Zakat Fitrah:
Kewajipan Syarak Atau  SEDEKAH?

Membongkar  Maklumat Gred Beras

🚨 Berhenti Keliru: Manipulasi Fakta
Kenapa institusi zakat jarang menekankan bahawa Kadar Minimum adalah SAH untuk semua? Kerana sasaran kutipan tahunan sering kali lebih diutamakan daripada kejelasan hukum.

Rakyat dikelirukan dengan naratif “makan beras mahal, wajib bayar mahal”. Ini adalah satu bentuk tekanan psikologi yang tidak berlandaskan hakikat hukum syarak yang sebenar.

⚖️ Kebenaran: Wajib vs Pilihan
Berdasarkan hujah Mufti, kewajipan anda tertunai sepenuhnya dengan Kadar Wajib.

HENDAKLAH DILETAKKAN KADAR WAJIB DAN KADAR PILIHAN supaya tidak mengelirukan pembayar zakat.

  • RM7-RM10: Kewajipan Syarak Utama
  • RM15-RM27: Pilihan Peribadi (Sedekah Sunat)

Jangan biarkan diri anda merasa “berdosa” jika hanya membayar kadar terendah walaupun anda makan beras import.

📊 Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025
NEGERIWAJIB (RM)PILIHAN (RM)
Selangor / WP7.0015.00 / 22.00
Kedah7.0014.00 / 21.00
Pulau Pinang7.0010.00 / 15.00 / 25.00
Perak10.0016.00 / 27.00
Johor7.0012.00 / 20.00
Melaka7.0015.00 / 22.00
Negeri Sembilan7.5012.00 / 22.00
Pahang7.0014.00 / 21.00
Kelantan8.0014.00 / 21.00
Terengganu10.00– / 21.00
Perlis9.00
Sabah / Sarawak7.50
📣 Fakta vs Auta
Lihat jadual di sebelah. Kadar **WAJIB** adalah harga paling rendah yang telah ditetapkan oleh Ulul Amri (Pemerintah).

Jika anda membayar RM7.00 di Selangor, zakat anda **SAH SEPENUHNYA** mengikut syarak. Jangan biarkan istilah “Gred Beras” membuatkan anda rasa terasing jika memilih  membayar kadar wajib walaupun anda berkemampuan.

Yang asas tu wajib yang pilihan adalah sunat. Dahulukan yang wajib.

Jika Memilih kadar Pilihan, lebihan yang anda bayar bukan lagi zakat fitrah, tetapi ia adalah **Infaq/Sedekah** yang diagihkan kepada asnaf.

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *