Skip to content

Lawatan Rasmi Menteri Pendidikan dan Timbalan ke Sarawak

Artikel ini telah dibaca 928Kali!

16-September 2023-Sekitar lawatan kerja rasmi Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Hing ke Sarawak.



Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan telah melakukan lawatan ke beberapa buah sekolah untuk meninjau sendiri infrastruktur dan penyelenggaraan yang sedang berjalan.



Projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di Sarawak sememangnya menjadi tumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi tahun 2023 sahaja, sebanyak 195 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di Sarawak telah diluluskan dan kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Premier Sarawak, YB Dato’ Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Pendidikan & Inovasi, YB Datuk Dr Annuar Rapaee, pemimpin-pemimpin tempatan dan komuniti yang telah turut serta dalam lawatan kerja ini.



Jalinan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dan Sarawak adalah amat penting dalam memastikan agenda transformasi pendidikan mencapai matlamatnya.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah

Iklan dan Penafian

📢 Dapatkan Berita Terkini!

Jangan ketinggalan maklumat penting dan kemas kini menarik! Sertai saluran rasmi kami untuk berita, info semasa, dan kempen terkini terus ke telefon anda.

🟢 WhatsApp Sertai Sekarang!

Maklumat dalam siaran ini adalah untuk tujuan umum dan tidak menggantikan nasihat profesional.

Baca Juga  Gangguan Seksual: Pemandu Grab Minta Penumpang Remaja buka Tudung